Sabtu, 16 Februari 2013

Minggu 12 - Penilaian poster

Pada hari Jumaat, 15 Februari 2013 merupakan kelas terakhir kami. Kami telah menghantar hasil tugasan poster yang dibuat menggunakan Adobe Photoshop. Kami perlu membuat undian untuk menentukan pemenang bagi poster yang tercantik. Keputusannya memihak kepada Ruzatul Zuhairah binti Rashidi di tempat pertama, Adibah Izzati binti As'ad di tempat kedua dan tempat ketiga jatuh kepada Nurul Amira binti Hassan.

Minggu 11 - Membuat banting

Pada hari Rabu, 6 Februari 2013, kami telah menyambung semula proses menyiapkan banting. Saya telah mengedit banting dengan mengubah warna. Hasil banting yang telah disiapkan akan dinilai dan diambil markah.

Sabtu, 2 Februari 2013

Minggu 10 - Ujian amali Adobe Photoshop

Pada hari Rabu, 30 Januari 2013, kami telah menghadapi satu ujian amali adobe photoshop. Kami pelu membuat satu banting berdasarkan satu contoh yang telah disediakan oleh pensyarah kami, En. Wan. Kami telah diberikan masa selama lebih kurang dua jam untuk menyiapkannya. Oleh sebab kurang mahir menggunakan fungsi-fungsi di dalam adobe photoshop, hasil banting yang saya siapkan tidak menepati seperti di dalam contoh.